Wednesday, July 11, 2018

BIT FUN DAN BONUS BITCOIN

APA ITU BIT FUN DAN BONUS BITCOIN

BIT FUN
** BIT FUN adalah satu website yang menawarkan free faucets dengan hanya PLAY GAMES.banyak jenis games yang diorang offer. tapi admin main tentrix je... alah... brick games tu.... boleh lah.. menaikkan nilai BTC.

macam biasa kena register jugak. guna emel yang sama macam sebelum ini.
kat sini. tekan link untuk ke website BITFUN


ini websit BIT FUN


antara games yang ditawarkan



BONUS BITCOIN

**** APE DIA PULA BONUS BITCOIN NI?
Bonus Bitcoin sama je macam yang lain boleh claim Faucets.

cuma Bonus BitCoin ni agak banyak la dia bagi. 20Sitoshi setiap 15minit. yang ni berbaloi.. tak dela tunggu every 5 minutes kan.

untuk claim 20sitochi, korang kena tukar setting kat sini


nampak tak bawah CLAIM AGAIN----> change your Claim Setting


tengok kat situ dah ada explaination. kalau kita tak tick dalam square box tu, diorg akan bagi randomly 1-5000 sitoshi. admin dah buat experiment, biasa dapat 16 sitoshi je.. so.. kalau kita tick dalam box tu, diorang akan bagi fix 20 sitoshi


so untuk register, tekan link ni terus ke website --->>> BONUS BITCOIN



setail dari 7 website ni termasuk post sebelum ni ada 5, banyak lagi yang menawarkan free faucet, contoh yang boleh in dengan COINPOT adalah seperti dalam image kat bawah
























ok. next post baru admin bagitau pasal wallet BitCOIN ni iaitu XAPO

Tuesday, July 10, 2018

CARA MELOMBONG/ MINING BITCOIN

konsep mining Bitcoin bukan lah dengan cara guna tukul pastu ketuk-ketuk ye .... macam image kat bawah ni.. bukan... bukan....



maksud mining dalam cara faucet adalah kita sendiri yang claim/ kutit bitcoin. tapi setiap claim bukan dapat banyak .. tapi sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.



Ini Contoh COINPOT admin pada 10/7/18 jam 9:58 Pm


ini pula pad 11/7/18 jam 12:32 am


cuba perhatikan ada 6 column
1. CoINPOT TOKEN
2. BITCOIN CORE
3. BITCOIN CASH
4. DOGECOIN
5. LITECOIN
6. DASH

INGAT LAGI 5 websites untuk register? 

1. Moonlite -LITECOIN
2. MoonBitcoin -BITCOIN CORE
3. MoonBitCash -BITCOIN CASH
4. MoonDash - DASH
5. MoonDoge DOGECOIN

apa pula COINPOT TOKEN? nanti kita cerita. focus pada mining 5 website dahulu.

cerita nya begini....setiap website yang 5 ni kita akan mining. korang pernah dengar Recaptcha atau SolveMedia? 

ok. tengok image di bawah


contoh LiteCoin


 image kat atas ni contoh sign in Moon LiteCoin. nampak button claim now tu? setiap 5 minit kita dapat claim. contoh LiceCoin ni menggunakan LITOSHI (igt tak pengasas dia jepun.. tapi tak penting)

setiap 5 minit kita boleh claim. tapi tak semestinya setiap 5 minit kita kena claim. cuma lagi banyak kita claim... lagi banyak kita dapat. 

yang penting kena setia hari claim. Kenapa? ok nanti admin bagi tau kenapa.

setiap kali kita claim, kita akan dapat 3 TOKEN. tengok balik kat atas COINPOT TOKEN.
so lagi banyak kekerapan kita claim lagi banyak la dapat token. 
token ni nanti dapat convert ke BITCOIN CORE tau.

kira bonus la utk org yang rajin.tapi tak semua orang ada masa kan. jadi praktisla untuk sekurang-kurangnya 1 kali sehari claim.


apa berlaku bila kita tekan button CLAIM NOW . maka bermulalah mining kita melalui RECAPTCHA dan SOLVEMEDIA . refer image bawah



nanti dia akan keluar im not a robot ni.bila korang tick kotak kiri tu... maknanya korang nk guna type RECAPTCHA. tapi admin tak suka cara ni. lambat. tapi iols explain la jugak.

nanti dia keluar macam ni. 


ini dipanggil RECAPTCHA. nampak dia tulis STORE FRONT tu. korangkena tekan mana-mana image store ront. kalau salah dia akan ulang lagi.. ulang dan ulang.


biasa admin lagi suka SOLVEMEDIA. refer balik image im not a robot. kat bawah tu ada link change to SOLVMEDIA CAPTCHA. yang ni lagi senang . korang type je. risiko nak salah tu rendah.


lepas tu submit. nanti akan keluar macam ni. refer image bawah



kadang-kadang mytery bonus admin dapat 94% . ikut suka hati diorg nak bagi berapa. so korang kena buat untuk setiap 5 website tu.


ni sambil type post ni admin claim jugak tau......

ni latest update


dah 803 token dalam 30 minit. beza dr jam 12:32 tadi 701. 100 dalam 30 mini.. 

kalau rajin boleh dapat 200 lebih sebab kalau ikut kan setiap 5 minit kalau fulltime tepat 5minit.. kita dapat maximum 180 je. means 90 tokn je 30 minit. 

tapi kenapa dapat lebih?? sebab mystery bonus yang kita dapat masa claim tu yg dapat lebih.



kat sini ade drop-down menu untuk convert contoh convert token to Bitcoin. tekan kat situ.



kat sini lah kita boleh convert.

convert je bukan withdraw lagi ye..benda ni kena kumpul banyak2 baru boleh withdraw masuk dalam wallet. 

wallet yang aling safe ialah XAPO. nanti admin update pasal XAPO ni. 

admin pun belum lg withdraw. kumpul dulu banyak2. tunggu bitcoin naik ke RM60K baru dapat banyak sket. sekarang baru RM 25K

ok admin dah ngantk. nanati kita sambung

NAK DAPAT BITCOIN PERCUMA?

pasti korang tertanya-tanya kan macam mana nak dapatka free Bitcoin kan. ada caranya.. yang paling penting ialah kena rajin. tak perlu ada computer, smart phone pon boleh admin guna ViVO Y53 je
ni je admin mampu. dengan harapa main faucet bitcoin ni dapat jadi kaya. aminnnnnnn

walaupun admin guna henpon murah je .. yang paling penting tenet laju. kalau tak laju korang g la mekdi ke tumpang tenet diorang. peruntukkan 1-2 jam sehari je utk claim. 


eh citer pasal claim , tapi step tak bagi lagi. 


Konsep Faucet Bitcoin adalah mining. bahasa melayu nya ialah kaedah MELOMBONG. 


macam mana? di mana? 


DIMANA kita boleh melombong Bitcoin ni


sebelum nak melombong Bitcoin ni kita kena ada tabung dahulu.tabung khas untuk konsep Faucet Bitcoin n adalah CoinPot (click untuk ke pautan coinpot website).

apa yang kita mining akan dikumpulkan ke dalam Coinpot ni.


ada 5 website yang boleh kita lombong/mining. (tekan link untuk terus ke website dan sign up)


1. Moonlite

2. MoonBitcoin
3. MoonBitCash
4. MoonDash
5. MoonDoge

korang kena sign up/register 5 account di atas untuk mining bitcoin.


Admin nasihatkan korang buat satu emel baru khas untuk bitcoin ni. jangan guna emel yang lama. sebab kat Malaysia ni Bitcoi kan masih baru. untuk mengelakkan perkara yang tak bagus berlaku, jadi kita bermula dengan emel yang baru. 

kalau nak sign up memang akan guna alamat emel ye.1 emel je untuk 6 website ni.


macam mana nak convert bitcoin ke Ringgit dan transfer to akaun kita? 


ini akan dikarang pada next post. sebab ada 1 step lagi yang dipanggil wallet, yang mana tempat kita convert bitcoin berlaku.















BITCOIN BERBAYAR - CONTOH BITZARA

BITCOIN BERBAYAR

Kalau dulu harga 1 bitcoin hanya sekitar RM5000 sahaja, tapi sekarang dah menjagkau RM 25000. macam sekarang... harga bitcoint dah agak jatuh.. so siapa yang ada duit boleh la beli. sebab harga Bitcoint pernah melonjak naik sehingga USD$20000 iaitu lebih kurang RM80000.

ada banyak yang offer bitcoint di Malaysia, cuma nya kadang-kadang rasa takut sebab terlampau banyak scammer. 

salah satu yang pernah di offer kepada admin adalah Bitzara (link ini terus ke website Bitzara). beberapa orang rakan FB admin join Bitzara ni. 

boleh tengok video dibawah untuk mengetaui serba sedikit tentang Bitzara





Terus-terang admin ada sedikit rasa was-was dan takut sebenarnya untuk melabur dalam bitcoin ni sebab dahulu pernah terjebak dengan pelaburan emas. walaupun Bitzara menawarkan pelaburan Bitcoin serendah RM 50, tetap lah rasa sayang .

Cara Bitzara juga adalah jenis Mining. Contohnya kita melabur RM 50, setiap hari kita akan dapat 1% iaitu 50sen. 50 sen ni diorang akan bagi setiap hari selama 5 tahun. 


jom kita buat kira-kira


1 hari RM0.50 

100 hari = RM50
1 bulan = RM15
1 tahun = RM182.5

kiranya 3 bulan lebih dah balik modal.

sesungguhnya memang menarik kalau labur lebih banyak.
contohnya la kita labur RM 10000

1 hari RM100

100 hari = RM10000
1 bulan = RM3000
1 tahun = RM36500

kan.. kan.. kan.. tapi rasa takut tu melebih-lebih pula...


jadinya Admin just buat yang Free je. nanti lah kalau nak try yang Bitzara tunggu 2-3 bulan.. duit dah kureng lepas raya.


So baca next post tentang FREE BITCOIN


Apa itu Bitcoin

Mata Wang Digital Alaf Baru

Bitcoin adalah sebahagian daripada mata wang digital atau cryptocurrency. Ianya merupakan pembaharuan yang dibawa dek arus pembangunan teknologi, yang juga dikenali sebagai disruptive technology.
Dan harus diingat bahawa Bitcoin bukanlah sebuah instrumen pelaburan. Ini kerana ramai orang telah mempunyai anggapan yang salah mengenai Bitcoin.

Bitcoin Adalah Mata Wang, Bukan Untuk Dibeli Dan Disimpan

Seperti yang kita tahu, mata wang digunakan sebagai pertukaran untuk transaksi jual beli. Sebagai contoh, di dalam Malaysia kita menjalankan transaksi menggunakan Ringgit Malaysia untuk membeli dan menjual sesuatu. Tetapi apabila kita hendak mengeksport barang pula, Ringgit perlu ditukar kepada US Dolar bagi menjalankan transaksi luar negara.
Bitcoin bukanlah untuk dibeli ketika harganya rendah dan dijual pada harga tinggi seperti mana-mana medium pelaburan yang lain. Ini kerana nilai Bitcoin tersebut sangat tidak stabil. Terlalu banyak spekulasi di dalam Bitcoin, walaupun ia menggunakan konsep bekalan & perminataan atau supply & demand. Secara lumrahnya, apabila permintaan terhadap sesuatu benda adalah tinggi maka harganya pasti akan naik; dan juga sebaliknya.
Kalau kita rujuk kepada Wikipedia, nama Satoshi Nakamoto telah dikatakan mencipta Bitcoin dan itu bukanlah nama beliau yang sebenar.
Paling peliknya Bitcoin hanya wujud di Internet dan tidak bersandarkan sebarang aset fizikal atau wujud di alam yang nyata. Memanglah Bitcoin boleh digunakan sebagai mata wang untuk membeli produk atau untuk membayar perkhidmatan di atas talian, dan juga di kedai-kedai terpilih; tetapi tanpa sebarang Bitcoin fizikal. Tidak seperti wang kertas, emas atau minyak yang wujud di depan mata.
Lebih misteri lagi, tiada siapa yang mengawalnya. (Ada yang kata dari rakyat untuk rakyat)
Ini bermakna sebarang transaksi menggunakan Bitcoin tidak dipantau oleh mana-mana bank atau pihak berautoriti. Senang cerita, sebarang transaksi Bitcoin adalah rahsia tanpa perlu ada rekod siapa pembayar dan siapa penerimanya.
Persoalannya, kenapa Bitcoin perlu banyak rahsia? Kalau ditakdirkan suatu hari nanti tiada lagi Internet, maka Bitcoin pun akan lenyap begitu sahaja.

Teknologi Blockchain: Asas Kepada Bitcoin

Sekarang kita perhalusi pula apa itu Bitcoin. Teknologi blockchain merupakan asas kepada Bitcoin, di mana ianya merupakan rantaian maklumat yang tidak dikendalikan oleh mana-mana pihak ketiga.
Semuanya bermula dengan kunci peribadi atau private key. Kod yang unik ini mengandungi maklumat yang telah disulitkan (encrypted) yang mengandungi setiap Bitcoin dan pemilikannya. Ini membolehkan pemegang Bitcoin untuk menjalankan urusniaga tanpa mendedahkan maklumat peribadi.
Transaksi Bitcoin adalah dibenarkan oleh aplikasi rangkaian dan penyelenggaraan protokol blockchain. Ia hampir sama dengan dengan transaksi yang berlaku di atas talian menggunakan kad kredit dan Paypal, tetapi tiada orang tengah dan berhubung terus di antara pembayar dan penerima Bitcoin itu tadi.
Jadi bahasa mudahnya Bitcoin ni terhasil daripada algoritma matematik!

Perlombongan Bitcoin

Biasa dengar istilah melombong Bitcoin? Ianya sangat teknikal dan hanya sesetengah orang sahaja yang mahu melibatkan diri. Ini kerana ia memerlukan kos yang tinggi, di mana pelombong memerlukan kuasa pemprosesan dan kad grafik yang mahal dengan kuantiti yang banyak untuk melombong Bitcoin. Kos elektrik pun akan melambung oleh kerana ianya memerlukan kuasa yang banyak.
Di kalangan pengguna Bitcoin, terdapat individu dan peniaga yang merekod semua transaksi. Rangkaian ini mengumpul semua transaksi pada sesuatu masa ke dalam senarai, yang dipanggil block.
Kemudian barulah pelombong datang dan mengesahkan transaksi dan memasukkan maklumat tersebut ke dalam sebuah lejar atau buku akaun. Senarai yang panjang terdiri daripada beberapa blok inilah yang dikenali sebagai blockchain.
Pelombong yang membantu dalam proses ini, akan diberi penghargaan dalam bentuk Bitcoin. Sebab itulah ramai yang berlumba-lumba untuk melombong Bitcoin ini, kerana lebih banyak transaksi yang berlaku, lebih banyak pelombong perlu menjalankan kerja, lebih banyak Bitcoin yang mereka akan terima.

Ciri-ciri Bitcoin

Di antara kelebihan Bitcoin adalah:
  • Mudah untuk digunakan, kerana ianya mengambil masa yang sekejap untuk berlakunya transaksi Bitcoin; lebih-lebih lagi transaksi antarabangsa
  • Tanpa nama, kerana anda tidak perlu menggunakan butiran peribadi seperti nama, alamat atau apa-apa yang boleh kaitkan anda sebagai pemilik Bitcoin.
  • Setiap transaksi adalah muktamad, yang mempunyai kelebihan dan juga keburukan. Tidak seperti kad kredit, anda boleh batalkan transaksi dan dapat wang anda semula. Dengan Bitcoin, semuanya adalah muktamad. Memanglah anda tidak boleh reversekan transaksi tersebut, tetapi ia dapat mengurangkan penipuan kad kredit. Dengan Bitcoin, anda akan gunakkan dua kunci, satu kunci awam (public key) dan satu kunci peribadi (private key). Kunci peribadi hanya anda seorang yang tahu, dan hanya dengan menggabungkan kedua-dua kunci tersebut; barulah transaksi akan berlaku. Ianya selamat, selagi mana anda tidak bocorkan maklumat berkenaan kunci peribadi anda.

Berapa Besar Bitcoin?

Kalau diikutkan nilai semasa emas di dunia adalah 200 kali ganda daripada nilai semasa Bitcoin.
Jepun baru-baru ini telah mengiktiraf Bitcoin sebagai mata wang yang sah. Lebih daripada 260,000 buah kedai di seluruh negara Jepun kini menerima Bitcoin.
Manakala di Amerika Syarikat pula, terdapat lebih daripada 1,000 mesin ATM yang boleh menggunakan Bitcoin. Niaga hadapan Bitcoin juga bakal diperkenalkan, yang akan meletakkan Bitcoin sebaris dengan emas, minyak mentah dan minyak kelapa sawit.

Bagaimana Bitcoin Disimpan?

Buat masa ini, terdapat 3 cara untuk menyimpan Bitcoin:
  1. Wallet perisian yang terdapat dalam cakera keras komputer anda
  2. Perkhidmatan berasaskan web
  3. Perkhidmatan bilik kebal
Kini ada juga mobile wallet yang membolehkan anda menyimpan dan melakukan transaksi Bitcoin menggunakan telefon bimbit melalui aplikasi. Ia dapat menyimpan kunci peribadi, dan laku sepertimana anda membawa kad debit atau kad kredit.

Kelemahan Bitcoin

Bitcoin sebenarnya mempunyai kelemahan juga, seperti berikut:

1. Belum Diterima Seluruh Dunia

Adalah hampir mustahil untuk membeli Bitcoin menggunakan kad kredit atau PayPal. Ini kerana sifat Bitcoin itu sendiri yang tidak membenarkan chargeback, atau membuat transaksi reverse bagi memulangkan wang kepada pembeli sekiranya berlaku sebarang pertikaian.
Sebagai contoh, kita beli barang menggunakan kad kredit, tetapi barang yang diterima tersebut tidak seperti yang kita inginkan atau kita mungkin terima barang yang rosak; dan mahukan refund.
Kalau guna PayPal dan kebanyakan kad kredit, ada jaminan pemulangan wang sekiranya kita mahu. Tetapi tidak dengan Bitcoin, kerana tiada sebarang rekod yang disimpan; mana mungkin kita boleh dapat balik refund itu tadi.

2. Kelemahan Storan Bitcoin

Bitcoin yang disimpan dalam storan cakera keras anda mungkin menjadi rosak. Kalau anda hilang data dalam hard disk anda, maklumat mengenai Bitcoin anda juga hilang.
Manakala kebanyakan wallet atas talian pula, terdedah kerana protokol keselamatannya. Ada yang menggunakan nama dan kata laluan bagi menyimpan ‘rahsia’ Bitcoin anda, dan kita tahu ianya sangatlah tidak selamat dengan cara ini.

3. Reaksi Kerajaan

Kebanyakan kerajaan seluruh dunia pastinya gentar apabila disebut perihal mata wang digital ini. Ini kerana, Bitcoin berpotensi untuk menggantikan mata wang negara masing-masing, perkara yang sangat ditakuti mana-mana kerajaan.
Sebab yang lain pula, jika menggunakan Bitcoin; tidak dapat pula mengesan pemilik Bitcoin. Amat menyulitkan kerajaan dari segi mengenakan cukai pendapatan, sehinggalah ke aktiviti yang kurang sihat seperti jual beli dadah, senjata api dan juga pelacuran. Jika pengguna dan pengusaha itu tidak dapat dikenalpasti, susah bagi mereka untuk membuat tangkapan dan dakwaan.

Adakah Bitcoin Mempunyai Pesaing?

Sudah pasti, dan menurut kepada Investopedia, terdapat sekurang-kurangnya 6 pesaing terdekat kepada Bitcoin iaitu:
  • Litecoin (LTC)
  • Ethereum (ETH)
  • Zcash (ZEC)
  • Dash
  • Ripple (XRP)
  • Monero (XMR)
Daripada keenam-enam mata wang digital tersebut, Ethereum merupakan di antara pesaing terhebat bagi Bitcoin. Mungkin Bitcoin sekarang sangat popular, tetapi siapa tahu apa akan jadi lagi 5-10 tahun akan datang?

Di Mana Nak Beli Bitcoin?


Buat masa sekarang, Bitcoin boleh dibeli terus daripada pasaran atau tempat penukaran Bitcoin yang khusus. Di antaranya ialah:
  • Coinbase
  • BitQuick
  • Circle
  • Xapo
  • Kraken
Ada juga tukaran yang juga menyediakan wallet bagi menyimpan Bitcoin anda, dan kebiasaannya anda tidak akan dikenakan sebarang yuran transaksi untuk membeli Bitcoin.

Kesimpulan

Diharapkan anda sudah faham serba sedikit tentang apa itu Bitcoin, dan sudah semestinya Bitcoin itu bukanlah satu bentuk pelaburan. Walaupun harganya telah naik daripada $1,000 US Dolar pada awal tahun 2017 sehingga lebih daripada $8,000 US Dolar, Bitcoin tidak harus dilihat sebagai pelaburan.
Ini kerana asas Bitcoin adalah sebagai mata wang digital yang memudahkan transaksi di antara pembeli dan penjual, dan tiada pihak yang akan memantau.
Kalau sesuatu itu bagus, kenapa perlu dirahsiakan banyak perkara? Pencipta Bitcoin tidak diketahui, pemilik Bitcoin tidak dikenali, transaksi jual beli dijalankan secara senyap-senyap, dan tiada siapa yang boleh memantau semua perkara ini.
Sumber rujukan: Investor Junkie

BIT FUN DAN BONUS BITCOIN

APA ITU BIT FUN DAN BONUS BITCOIN BIT FUN ** BIT FUN adalah satu website yang menawarkan free faucets dengan hanya PLAY GAMES.banyak jen...